Apa itu APRS
« Thread Started on Sept 9, 2008, 9:12am »
Punca dari: Ham Radio 9W2KEY-Forum Apa itu APRS

APRS adalah singkatan kepada Automatik Position Report Sistem, ia adalah satu corak komunikasi digital yang dibangun oleh Ham radio. Ianya menggunakan mode digital yang dipanggil paket radio.

ISS pun menggunakan sistem paket radio ini juga untuk menghantar APRS nya atau becon nya ke bumi.

Audio didalam mode ini boleh didengari dengan klik disini.

Pada lazimnya, APRS amat berkait rapat dengan penggunaan GPS. Ini kerana APRS memerlukan Longtitut dan Latitud untuk menuntukan satu satu kedudukan sesebuh station atau pun objek. Bagi station yang terhad kewangannya dan tidak mampu memiliki GPS sistem, dengan menggunakan internet dan prorgam google erth kita juga boleh mendapatkan longtitud dan latitut lokasi yang kita perlu.

Bagaimana ia berkerja?

Terdapat beberapa software yang percuma yang boleh di download dari internet. Antaranya yang popular adalah ui-view dan uiiss. Dengan menghantar becon kepada server ARPS, callsign kita akan muncul di peta dunia sebagai station radio amator, repeater dan sebagainya.

untuk melihat contoh, sila pegi layari http://aprs.fi/info/9W2KEY-9 dimana itu adalah data bagi lokasi terakhir yang dipancarkan oleh 9W2KEY-9. 9W2KEY-9 itu merupakan satu station mobile yang memancar di 144.390Mhz dimana 9W2KEY-3 adalah sebuah digipeter yang menghantar dan menerima becon melalui radio. Kemudian retransmitnya ke internet.

Apa yang boleh dibuat dengan APRS?

Selain menerima dan menghantar becon, APRS ini juga boleh menghantar dan menerima text message dan menghantar email melalui digipeter. Email boleh dihantar walaupun 9W2KEY-9 tidak mempunyai sambungan internet semasa bermobile. Selain daripada itu, station yang aktif dan monitor di APRS boleh mengetahui keadaan cuaca disekitarnya melalui WX station yang ada di APRS. Kejadian gempa bumi, ribut dan sebagainya akan dilaporkan oleh WX station ke dalam sistem APRS.

Kenapa ada -3 dan -9 dan sebagainya?

Ini dinamakan sebagai SSID utk kegunaan dalam APRS, berikut disenaraikan SSID yang terdapat didalam APRS:

-0 Home Station, Home Station running IGate.
-1 Digipeater, Home Station running a Fill-In Digi, Wx Digipeater
-2 Digipeater [#2 or] on 70CM
-3 Digipeater [#3]
-4 HF to VHF Gateway
-5 IGate (Not home station)
-6 SatGates & Special function Station.
-7 Kenwood D7 HH
-8 Secondary Mobile station.
-9 Primary Mobile station.
-12 Portable Units such as Laptops etc.
-14 Trucks
-15 Mobile HF station.

Contoh:

9W2KEY-3
Maksudnya 9W2KEY-3 ini ialah Digipeater, yg mana akan menghantar becon dan traffic ke RF, contoh di frequansi 144.390MHz

9W2KEY-9
Maksudnya 9W2KEY-9 tengah mobile dan menghantar beconnya ke 144.390MHz, jadi kedua2 station ini akan berhubung di 144.390MHz. Mana-mana station yang monitor di frequansi tersebut boleh laa mengesan dan mengetahui dimana mobile station itu berada sekarang. Selain monitor melalui RF, mana2 station yg monitor melalui internet pun boleh juga monitor dan trace kedudukan 9W2KEY-3. Tetapi mana-mana station yang monitor di 144.930 hanya boleh mendengar paket radio sahaja dan tidak akan memahami apa pun kerana bunyinya yang agak pelik seperti audio diatas tadi.

Bagaimana APRS berkerja?

Ia adalah gabungan antara komputer, interface dan radio. Komputer akan generet audio untuk paket mode berdasarkan maklumat yang ada dalam sistem. Interface akan mengawal TX/RX dan RIG akan menggunakan RF untuk menerima dan manghantar audio paket tersebut.

Apabila dua station disetkan pada seting yang sama dan frequansi yang sama, maka kedua-dua station itu dapat brehubung antaranya dengan menggunakan RF. Station yang ada sambungan internet boleh bertindak sebagai Digipeater yang mana akan menerima signal dan audio dari station yang tidak mempunyai internet dan menhantarnya kembali becon tersebut ke internet.

Contohnya, 9W2KEY-9 adalah station APRS didalam kereta. Dalam kereta tersebut terdapat laptop, interface dan RIG ICom V8. RIG bekerja di 144.390MHz, dan telah menghantar becon ke 144.390MHz yang mana digipeater pun bekerja pada frequansi yang sama. Maka dengan itu seluruh dunia dapat monitor dan trace lokasi terkini 9W2KEY-9.

Apa perkakasan yang diperlukan?

Nantikan sambungan artikel ini, jika berminat sila respon. Jika ada soalan sila majukan, insyaAllah saya akan cuba menjawapnya sekadar yang termampu.

ceriooooo / 73 Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca dan sudi utk belajar tentang apa yang saya tahu serba sedikit ini. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk pandai tetapi ingin berkongsi dgn rakan2 semua.

Berikut adalah image yg saya ambil pada jam 3.39pm pada 25 July, 2008. Dalam peta tersebut tertera callsign-callsign station yang aktif dalam APRS pada masa itu.

[image]

Apa perkakasan yang diperlukan?

Untuk permulaannya, apa yang anda perlukan adalah komputer dan sambungan internet. Jika anda ingin menggunakan Gateway yang disediakan oleh Digipeater2 yang tersedia ada, anda hendaklah mempunyai komputer + Interface + radio. Kemudian seting frequansi radio mengikut Digipeater tersebut. Maklumat lanjut akan saya berikan pada artikel yang akan datang.

Macam mana nak mulakan?

Sebagai permulaan, kita bermula dengan asasnya dahulu. Iaitu APRS-IS (Automatic Packet Reporting System-Internet Service) ia menggunakan internet semata-mata tanpa memancar keluar signal melalui radio.

Sila download software UI-View32 di http://www.ui-view.org/ ia merupakan software percuma. Tetapi kena daftar tanpa sebarang bayaran. Sila daftar software itu di http://www.apritch.myby.co.uk/uiv32.htm dan klik di bendera England dibawah tajuk UI-View32 Registration - APRS. Kemudian masukkan callsign dan nama anda dan klik butang Register Ui-View32. Sila bookmark page tersebut untuk memeriksa status pendaftaran anda dalam masa 1 hingga 7 hari. Pada kebiasaannya pendaftaran tersebut akan siap dalam masa 1 hari sahaja bergantung kepada traffic di server tersebut. Tiada email yang dihantar untuk proses pendaftaran ini, oleh sebab itulah saya mencadangkan agar bookmark page ini.

Selepas install dan runing ui-view sila masukkan registration number yang terdapat pada website tadi. Sila guna server APRS thailand-b.aprs2.net port 14501 untuk memasukkan nama server tersebut sila baca arahan dan cara2nya yang terdapat dalam software ui-view dengan menekan butang F1. Selain server APRS tersebut, pada kelazimannya ramai juga yang menggunakan server saitama di Jepun.

Jangan lupa, masukkan longtitud dan latitut lokasi anda sebelum menyambung ke APRS Server. Masukkan juga Comment Becon dari station anda untuk dihantar ke server.

Selepas semunya OK, maka penyambungan ke server boleh dilakukan sekarang. Dan anda boleh melihat callsign-callsign yang aktif dalam APRS pada peta dunia yang telah sedia ada dalam ui-view.

Peta untuk Asia, Semenanjung Malaysia, Malaysia+Thailand+Indonesia dan Malaysia+Thailand ada dalam simpanan saya. Sila email kepada saya untuk mendapatkan pakej-pakej peta tersebut, email saya ialah 9w2key at amsat.org atau 9w2key at arkb.org.my (Sila tukarkan "at" kepada simbol @ ini adalah untuk mengelak daripada SPAM)

Live APRS-IS boleh didapati di http://www.aprs-is.net/javalive.aspx Perlu diingat "This page requires Java to be enabled in your browser"

Kenwood TM-D710A

Kepada pemilik gajet ini adalah menjadi satu kerugian sekiranya anda tidak tahu menggunakan APRS. Ini kerana gajet ini telah built in APRS. Built-in TNC 1K2/9K6, APRS and Twin RX. Saya sendiri tidak pernah menggunakannya, mahal woooo. Tetapi rakan saya ada memilikinya dan menggunakannya untuk APRS. Sila rujuk User Manual bagai mana menggunakan atau mengaktifkan APRS di gajet ini. Sekiranya tiada, sila donwload di http://www.rigpix.com/kenwood/tmd710ae_manual.pdf

http://aprs.fi/info/9W2TAR-9 <-- station yang menggunakan TM-D710A

Gajet ini memerlukan Digipeater untuk berfungsi sepenuhnya dalam sistem APRS.

Apa radio yang 9W2KEY guna?

Untuk pengetahuan anda semua, saya hanya menggunakan ICom V8 + Interface + Komputer + Internet (untuk bertindak sebagai digipiter)

Komputer + Interface + ICom V8 (untuk bertindak sebagai clien APRS)

Ada soalan?

Ok, ada faham ka? ada apa2 persoalan dan pertanyaan? sila reply post ini. InsyaAllah saya akan sambung lagi penerangan demi penerangan untuk meramaikan lagi dan memeriahkan lagi dunia APRS ini di Malaysia. Untuk melangkah ke arah digi, marilah dulu kita berkenalan dahulu apakah itu digipeater aprs?

DIGIPEATER APRS

Digi adalah merupakan 1 station yg bertindak sebagai gateway, yang mana dalam station itu terdapat sistem APRS yg akan TX audio ke RF (Radio Frequansi). Digi ini akan TX dan RX audio ke station yang login atau yang check in di gatewaynya. Kemudian akan menghantarkan atau retrasmit signal atau becon yang dihantar tadi ke ARPS Server melalui internet.

Oleh yang demikian station yang tidak mempunyai internet, sama ada dibase station, portable atau mobile akan dapat menghantar becon ke APRS Server melalui digipeater ini. Dan station2 lain yang sedang aktif di APRS juga dapat monitor station yg check in melalui digi, juga dapat menghantar messages kepada station-station ini. Ini semua adalah kerana semua data dan packet akan melalui digi. Jadi, digilah yang memain peranan utama dalam sistem komunikasi ini.

APA YANG DIPERLUKAN

Pertama, sebelum diaktifkan digipeater, operator gateway ini hendaklah memiliki satu peralatan yang membolehkan sound atau suara yang membawa data tadi diterjemah oleh komputer dalam bentuk digital. Dengan kata lain memerlukan modem, didalam kes ini kita memerlukan modem yang dapat disambungkan kepada RIG bukannya ketalian talipon.

Pada asasnya RIG adalah membawa suara untuk QSO dlm mode F3E, oleh yang demikian bila melibatkan suara atau bunyi (seperti yang terdapat dalam contoh yg diberikan pada post yang pertama dulu) maka sound card lah yang paling berkesan dan sesuai untuk dijadikan modem. Ini kerana sound card itu sendiri sebenarnya terdiri daripada chip2 yg membolehkan ia menerima dan menghantar baudrate. More...

Untuk membolehkan sound card bertindakan sebagai modem, kita memerlukan driver yang membolehkan ianya berkerja sedemikian. Dalam banyak2 driver utk menjadikan sound card sebagai modem atau network card ialah AGWPE, program ini boleh didownload secara percuma sila klik disini.

AGWPE

AGWPE ialah program yang bertindak sebagai packet engine untuk menjadikan sound card sebagai modem AGW ialah callsign SV2AGW Handle GEORGE ROSSOPOYLOS QTH GREECE. Beliau telah mencipta program ini, oleh yang demikian beliau menamakan program ini sebagai AGWPE (PE stand for Packet Engine).

Selepas download sila buat 1 folder khusus utk nya contoh c:\agwpe unzip file2nya dalam folder tersebut.

SETUP AGWPE

Dengan mengunakan start -> run -> browse ->"C:\AGWPE\AGW Packet Engine.exe" -> Enter

Program ini adakan runing "dibelakang tabir" icon agwpe akan muncul berhampiran dengan jam discreen komputer anda.

[image]

Sila letakkan mouse di icon tersebut dan right klik pada icon agwpe. Pilih properties dan pilih new port.

TNC Setup -> Select port -> Com 1 -> Rujuk kepada image dibawah

[image]

Tekan OK

Ulang langkah tadi utk setup TNC Command -> Rujuk image dibawah

[image]

Tekan OK

TCPIP over radio

[image]

Tekan OK

Exit dan restart AGWPE untuk mendapatkan kesan daripada apa yang telah kita setup tadi.

SETUP UI-VIEW

Run UI-View kemudian pegi ke menu Setup dan pilih Comms Setup, ikut macam seperti dalam image

[image]

Tekan OK

Tekan Setup -> Digipeater Setup -> Rujuk image dibawah

[image]

Tekan OK

Tekan Setup -> Station Setup -> Tukar callsign masukkan -3 selepas callsign untuk mengambarkan station Digi

Tekan OK

Tekan Setup -> APRS Server -> Rujuk image dibawah

[image]

Tekan OK

Ini semua adalah asas utk setup AGWPE dan UI-View untuk bertindak sebagai digi, setup2 yg selainnya adalah bergantung kepada operator itu sendiri untuk melengkapkan lagi digi. Terutama info2 yg berguna kepada station yang portable dan bermobile disekitar kawasan digi. Maklumat yang biasa diperlukan adalah freq.

LET DIGIPEATER

Bila semua dah siap, Exit AGWPE dan Ui-View. Sambungkan RIG kepada komputer dengan menggunakan Interface.

[image]

Pastikan freq di RIG berada di freq yang betul, jangan sesekali memancar di repeater tanpa kebenaran kerana ini akan menimbulkan banyak masaalah pada mereka yang tidak mengatahui tentang ini.

Bila semua dah bersedia, agwpe dulu kemudian diikuti dengan ui-view. Guna ui-view macam biasa dan untuk membuat percubaaan sila tekan F9 (Send Becon) dan perhatikan pada RIG, adakah Signal dan TX di RIG.

Jika ada aktiviti di RIG, ini bermakna station anda telah bersedia menerima mana2 station untuk menggunakan digipeater ini.

LAIN-LAIN HAL BERBANGKIT?

Ok selamat mencuba, ada apa2 sila reply. Tenggo Kilo Station2 yg dapat saya dengar via ISS pada malam tadi.

[image]

Ini juga merupakan kali pertama saya dapat mendengar dan dapat melihat callsign dari India, pada kebiasaannya yang lepas2 hanya callsign dari malaysia dan thailand sahaja.

Waw.. so bila lagi kawan2? Sent your becon to ISS now make it happen

Kembali

Radio Amatur
APRS1
SSTV