> RADIO AMATUR

RADIO AMATUR

Radio Amatur

Semua rencana didalam laman radio amatur disini adalah petikan dari laman-laman web kelab-kelab radio amatur dan laman-laman web rakan radio amatur di Malaysia. BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA Apakah itu Radio Amatur? Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur (dipetik dari risalah MCMC)

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?

Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.

Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.

Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

FAA Phonetic and Morse Chart

Codes

Ham Radio CW International Q-Signals

Q-Signal code followed by
CW Meaning

QRA
What is your callsign? (callsign)
QSA
What is my signal strength? (1-5)
QRG
What is my exact frequency? (this freq)
QSB
Are my signals fading? (signals are fading)
QRH
Does my frequency vary?
QSD
Is my keying defective?
QRI
What is my signal tone quality? (1-3)
QSG
Shall I send __ messages at a time?
QRK
What is my signal intelligibility? (1-5)
QSK
Can you work break-in? (break-in operation)
QRL
Are you (or this freq) busy? (This freq. is busy)
QSL
Can you acknowledge receipt? (I confirm receipt of message)
QRM
Is my transmission being interfered with? (signal interference)
QSM
Shall I repeat the last message I sent?
QRN
Are you troubled by static? (static, atmospheric noise)
QSO
Can you communicate with this station? (radio contact between stations)
QRO
Shall I increase transmitter power? (increase power, high powered)
QSP
Will you relay to __?
QRP
Shall I decrease transmitter power? (decrease power, low powered)
QST
A general call preceding messages to all radio operators (info, news).
QRQ
Shall I send faster?
QSV
Shall I send a series of V's?
QRS
Shall I send slower? (send slower)
QSW
Will you transmit on __?
QRT
Shall I stop sending? (stop transmitting)
QSX
Will you listen on __ (freq)?
QRU
Do you have any messages for me? (I have no messages for you)
QSY
Shall I change frequency? (change frequency)
QRV
Are you ready? (I am ready to transmit)
QSZ
Shall I send each word/group more than once?
QRW
Shall I tell __ (callsign) you're calling him?
QTH
What is your location? (station location)
QRX
When will you call me again? (wait, standby)
QTR
What is your correct time?
QRZ
Who is calling me? (anyone answering my transmission)
QTX
Will you keep your station open for further communication with me?
Notes

Q-signals are three letter combinations used to represent common phrases or sentences for CW operation. They may be used as a question with a question mark (?) or statement without the question mark. For example, "QRZ?" is used to ask for the calling station(s) to identify again. "Please (pse) QRS" is used as a request to send the code at a slower speed. "The QTH is" is used to indicate this station's location.

Although originally used for CW, many Q-signals have become acceptable for phone operation.

Non Q-Signal CW Radiotelegraph Abbreviations:
73 -- Best Regards.
88 -- Love and Kisses.
YL -- Young Lady meaning Unmarried Lady; also any female ham radio operator.
XYL -- Ex-Young Lady, meaning a Married Lady; usually refers to a ham's wife.
OM -- Old Man, any male ham radio operator.
General CW abbreviations
73--Best Regards
88--Hugs and Kisses
AA--All after
AB--All before
AAA--a period.
ABT--About
AGN--Again
ANT--Antenna
AR--End of this transmission
AS --means wait one please
B4--Before
BCNU--Be Seeing You
BK--Break, Back ("I'm back now" or "Back to you")
BN--Been
BT--a pause
BTR--Better
BUX--Dollars
CLDY--Cloudy
CL--Clear (end of all transmissions)
CLR--Clear (usually a description of the weather)
CONDX--Conditions
CPY,CPI--Copy
CQ--Calling any station
CU--See you
CUD--Could
CUL--See You Later
CUZ--Because
DE--From
ES--And
FB--Fine Business (good, excellent, OK)
FER--For
FT--Feet
GA--Good Afternoon, Go Ahead
GB--Good Bye, God Bless
GE--Good Evening
GL--Good Luck
GM--Good Morning
GUD--Good
HI--Telegraphic Laughing
HPE--Hope
HR--Here, Hear
HV--Have
HW--How (or "How copy?")
IMI--?
K--I'm done, your turn
KA--Begining of message
KN--I'm done, but only you (callsign given) come back to me.
LIL--Little
NR--Near, Number
NW--Now
O--zero (or sometimes a very long DAH)
OM--Old Man
OP--Operator
PSE--Please
PWR--Power
R--Roger/OK/Yes or sometimes are
RR--All received OK
RCVR--Receiver
SIGS--Signals
SK--End of all transmissions
SN--Soon
SRI--Sorry
TNX, TKS--Thanks
TU--Thank You
TX--Transmit
U--You
UR--Your, You Are
URS--Yours
VY--Very
WA--Word After
WB--Word before
WID--With
WL--Well, will, we'll
WTS--Watts
WUD--Would
WX--Weather
XCVR--Transceiver
XMTR--Transmitter
XYL--Wife
YL--Girlfriend ("Young Lady")
YRS--(Years)

( petikan ini dipetik laman laman web http://9m4rsg.blogspot.com/, http://abang9m2sy.blogspot.com/ , http://amateuradiomalaysia.blogspot.com/2006/03/codes_24.html , http://www.101science.com/amateurradio.htm#ANTENNAS dan http://forum.9w2qc.net/viewtopic.php?t=92 . dan lain-lain lagi yang tidak sempat disenaraikan disini Terima kasih yang tidak terhingga dari kami....)

> 09 may 2008

> ASAS PENGENDALIAN RADIO AMATUR oleh 9W2BBA

ASAS PENGENDALIAN RADIO AMATUR oleh 9W2BBA

Radio Amatur

Di bawah ini ialah info dari laman web 9W2BBA pak Bujang...amat menarik dan berguna kepada semua rakan. Asas Pengendalian Radio Amatur

Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaannya ialah mendengar dan memerhati bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya terdiri dari berbagai “Mode” dan “Band” dengan pendekatan yang agak berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan atau cara sebelum anda membuat panggilan pertama atau “Kontek Perdana”.

Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membuat keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui Pancar Ulang (Repeater) atau terus kepada rakan yang lain (Simplex) di band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.

Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)

Kebanyakan rakan Radio Amatur yang baru mendapat Lesen dalam Kelas B dengan “Suffix” 9W. Pada peringkat ini untuk berkomunikasi lebih jauh, yang paling asas ialah menggunakan Radio Bimbit melalui Pancar Ulang tempatan. Anggaplah anda telah mempunyai Radio Bimbit yang telah dipasangkan (Setting) dengan Frekuansi memancar (Uplink) dan menerima (Downlink) “Offset” serta “CTCSS Tone” yang betul, anda telah bersedia untuk membuat panggilan yang pertama.

Ia mungkin nampak senang dan ringkas tapi anda harus tahu Tanda Panggilan (CallSign) sebelum memulakannya. Perkara yang sebaiknya anda buat ialah meneliti sebutan ‘Phonetics’ jika rakan yang menerima nanti minta anda menerangkan satu persatu ejaan Tanda Panggilan (CallSign) anda.

Contoh: 9W2BBA ejaan ‘Phonetics’ ialah NINE WISHKEY TWO BRAVO BRAVO ALPHA.

Panggilan Pertama

Untuk panduan ini anggaplah anda berada di Semananjung Malaysia iaitu dengan Tanda Panggilan bermula dengan 9W2 dan mggunakan Pancar Ulang yang boleh dijangkau untuk kawasan tersebut. Kawasan seperti Lembah Klang dan yang berada dalam liputan Pancar Ulang.

1. Tekan butang PTT (Push To Talk) di Radio Bimbit anda dan sebut contohnya “9W2BBA mendengar” anda hendaklah menggunakan Tanda Panggilan (CallSign) anda sendiri.

** “9W2BBA listening”

Itu yang perlu anda buat untuk mendapatkan jawapan. Jika tiada apa-apa jawapan dalam masa yang lama. Anda mungkin cuba memanggil lagi sekali, tapi kali ini dengan menyebut ‘9W2BBA memantau dan mendengar panggilan‘.

** ‘9W2BBA is monitoring and listening for a call‘

Kebiasaanya anda tidak perlu membuat panggilan “CQ” di Pancar Ulang walaupun ia tidak menjadi kesalahan. Kita akan membincangkan mengenai panggilan “CQ” nanti.

2. Anda mendapat jawapan contoh seperti “9W2BBA disini 9W2CKO di Shah Alam kembali. Nama saya Othman. Kembali kepada anda“.

** “9W2BBA this is 9W2CKO at Shah Alam returning. My name is Othman. Back to you.”
Pada peringkat ini anda hanya perlu tunggu 3 saat sebelum menjawab semula panggilan tadi.

3. Tekan butang PTT dan jawab. Pada peringkat ini perbualan atau perbincangan adalah bergantung kepada apa yang ingin anda bincangkan atau ketahui. Beri Nama, Lokasi dan apa-apa maklumat yang ingin anda maklumkan kepada rakan baru anda serta akhiri perbualan anda dengan mengatakan “Ganti” atau “Kembali kepada anda“.

** “Over” or “Back to you.”

Ada baiknya jika anda menyebut Tanda Panggilan kerap setelah perbualan atau transmisi yang panjang dibuat dengan menyebut “9W2CKO disini 9W2BBA. Ganti”

Penggunaan “Ganti” (Over) atau “Kembali kepada anda” (Back to you) adalah satu isyarat kepada rakan selepas anda yang anda telah selesai bercakap dan tiba giliran beliau untuk bercakap.

4. Pada akhir perbualan atau perbincangan anda akan mengucapakan Salam atau 73 dan keluar dari jaluran dengan mengucapkan “9W2CKO disini 9W2BBA keluar dan memantau.” Itu jika anda masih ingin memantau di jaluran. Jika tidak anda hendaklah mengatakan “…. keluar dan QRT.” sebagai ganti.

** “9W2CKO this is 9W2BBA clear and monitoring.” or “…clear and QRT”

Menjawab Panggilan

Menjawab panggilan melalui Pancar Ulang dengan Radio Bimbit adalah serupa seperti mana yang dibincangkan diatas iaitu orang sebaliknya memanggil anda. Anda akan mendengar 9W2CKO memanggil di Pancar Ulang dan jawab seperti berikut selepas 3 saat dari panggilan tamat:

1. “9W2CKO disini 9W2BBA. Selamat Pagi. Nama saya Bujang dan Lokasi saya di Subang. Kembali kepada anda.”

** “9W2CKO this is 9W2BBA. Good morning. My name is Bujang and my location is Subang. Over to you.”

2. Secara asasnya pertukaran Tanda Panggilan adalah seperti telah dibincangkan diatas.

Pastikan anda memperkenalkan Stesen anda sekali sekala dan seharusnya memperkenalkan diri anda jika ada stesen yang baru menyertai perbualan (QSO) anda.

Panggilan Terus

Panggilan Terus (Simplex) adalah panggilan yang dibuat terus kepada rakan anda tanpa menggunakan Pancar Ulang (Repeater). Samada anda menggunakan Jalur VHF, UHF atau HF prosedur adalah sama. Panggilan yang anda buat adalah terus kepada rakan anda menggunakan Jalur dan Frekuasnsi yang sama tanpa perlu melalui Pancar Ulang.

Walaubagaimanapun ia bergantung penuh dengan “Antenna” dan propogasi untuk HF, adalah perlu anda menentukan kesesuaian Talaan “Tuning” “Antenna” sebelum memulakan panggilan anda.

Memanggil CQ untuk membuat panggilan

( Anggaplah anda mengendalikan panggilan HF di 10 meter band )

1. Mulakan dengan mencari frekuansi yang terang contoh seperti 28.360. Bercakap dengan terang dan jelas “Adakah frekuansi ini digunakan? disni 9W2BBA.” Jika anda tidak mendapat apa-apa jawapan dalam jangkamasa yang agak lama buat panggilan kali kedua sebagai kepastian. Jika masih tiada jawapan maka boleh lah pergi ke langkah yang kedua. Jika ada rakan mengatakan frekuansi tersebut digunakan pindah ke frekuansi yang lain yang lebih jelas dan cuba lagi dengan panggilan anda. Jika anda dijemput bolehlah menyertai perbincangan atau berkenalan dengan rakan baru, anda hendaklah memperkenalkan diri jika itu panggilan pertama anda dengan rakan yang sedia ada di Jaluran tersebut.

** “Is this frequency in use? This is 9W2BBA.”

2. Buat panggilan “CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ dan menunggu panggilan.”

** “CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ and waiting for a call.”

Sekarang anda tunggu dan dengar jawapan kepada panggilan anda. Berada di Jalur 10 meter HF berkemungkinan anda akan mendapat jawapan dalam keadaan yang amat jelas hingga amat sukar untuk didengar.

3. Jika anda mendengar cth “Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha disini Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar memanggil.”

4. Anda hendaklah menjawab dengan “Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha. Terima Kasih atas panggilan anda. Terima anda dengan kekuatan 5 9. Nama saya Bujang dan QTH di Subang. Bagaimana anda terima saya? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha ganti.”

** Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha. Thanks for the call your signal is 5 9. My name is Bujang and my QTH is Subang. So how do you copy? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha over.”

Anda telah membuat panggilan pertama anda dalam Jalur HF. Pada tahap ini anda boleh membuat panggilan atau QSO selama mana anda suka atau mampu bergantung kepada keadaan jalur serta propogasi.

5. Anda boleh mengakhiri perbualan anda (QSO) dengan mengumumkan diudara kedua-dua tanda panggilan dan keluar dari jaluran.

Contoh: “…terima kasih othman untuk panggilan dan 73 kepada anda dan keluarga. Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha keluar dari jalur.”

** “… thanks Othman for the contact and 73 to you and your family. Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha signing off.”

Apa yang harus anda lakukan jika lebih dari satu stesen yang menjawab panggilan anda? Jika anda boleh mendengar dengan jelas salah satu dari stesen tersebut, jawab seperti mana yang dibincangkan diatas. Dalam masa anda berbincang, semasa anda bertukar stesen anda boleh memberi masa 3 - 5 saat untuk stesen satu lagi untuk masuk ke jalur jika stesen tersebut boleh memancar dengan jelas.

Jika anda hanya mendengar separuh dari tanda panggilan, mungkin seperti ‘KILO OSCAR‘ anda boleh menggunakan cara seperti diperingkat ke 4 diatas dengan memulakan panggilan dengan menyebut “stesen dengan ‘KILO OSCAR’ sila buat panggilan anda.” Bila anda telah mendengar tanda panggilan dengan lengkap anda boleh terus menggunakan cara pada peringkat ke 4 diatas.

Menjawab Panggilan CQ

Mulakan dengan menala (tuning) frekuansi dalam jarak yang anda dibenarkan dan cari stesen yang membuat panggilan CQ. Untuk menjawab kepada stesen yang membuat panggilan adalah serupa seperti proses yang dibincangkan diatas.

Perbezaan yang akan anda hadapi selepas anda menjawab panggilan CQ ialah anda akan mendapati stesen yang lain juga memanggil dan panggilan anda mungkin lambat dijawap. Jika berlaku situasi begiini, tunggu sehingga stesen yang sedang berkomunikasi selesai dan cuba semula.

Jika anda tidak mahu menunggu bolehlah anda menala ke frekuansi yang lain yang berkemungkinan ada panggilan CQ dan mula mejawab panggilan tersebut.

( petikan ini dipetik laman laman web 9W2BBA pak Bujang. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami....)
( petikan ini dipetik laman laman web http://9m4rsg.blogspot.com/ Terima kasih yang tidak terhingga dari kami....)

Radio Amatur (Amateur)

> Posted on September 27, 2001

> Guideline for Amateur Radio Service in Malaysia

Guideline for Amateur Radio Service in Malaysia

Radio Amatur

Page 18 of 55....Guideline for Amateur Radio Service in Malaysia

SIGNAL AND RADIO CHECK
Isyarat dan Pengujian Peralatan Radio
A signal and radio check is necessary to ensure that your amateur radio station is in the good conditions for the operation from time to time. To eliminate any possible interference that may accur during the check, the following procedures should be follow strictly.
Isyarat dan pengujian peralatan radio adalah penting untuk memastikan keadaan peralatan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dari semasa ke semasa. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan isyarat radio yang mungkin berlaku ketika pengujian dijalankan, amalan seperti berikut hendaklah dipatuhi.
a) All transmitter tuning must be done by using dummy load.
a) Setiap pancaran ketika membetulkan gelombang hendaklah menggunakan dummy load.
NOTA : Elakkan dari menguji pemancaran gelombang terus ke pancar ulang atau jaluran yang bersambung atau 'linking'. Pengujian ke pancar ulang dikhuatiri akan menggangu QSO atau perbualan yang sedang berlangsung. Lebih sesuai di uji pada frenkuensi simplex untuk melihat keberkesanan dan kekuatan peralatan radio.
b) Make sure that the frenquency to be used for the test is free when performing the antenna test.
b) Pastikan frenkuensi tidak digunakan ketika pengujian antenna dijalankan.
c) Callsign must be used to identify the operator and clarify the purpose of the test.
c) Pengendali hendaklah menyebut callsign dan memaklumkan tujuan pengujian.
d) Using the PTT (press to talk) button is prohibited in performing this test.
d) Menekan butang 'PTT' adalah dilarang ketika membuat pengujian.
NOTA : Elakkan dari menekan PTT tanpa audio ketika pengujian. Ini adalah untuk mengelakkan dari 'salah' tanggapan dari rakan-rakan yang sedang memantau. Isyarat yang keluar tanpa audio selalunya datang dari pemancaran yang mungkin dalam kesusahan atau 'kecemasan'.
( Nota-nota datangnya dari pemantauan ketika perbincangan/diskusi udara yang sering dijalankan untuk kebaikan semua pengguna radio amatur...mungkin ASTRA dapat menjalankan semula 'diskusi udara' yang dijalankan pada setiap malam Khamis sedikit masa dulu...)

> 10.05.08

> Crystal Radio Resources for SWL's

Crystal Radio Resources for SWL's

Radio Amatur

For those new commers wanting to learn more about amateur radio the vintage way? You could start off by listening to short wave radio or learn to make your on radio receiver.

Checked your SWR yet?
EME, SETI, Radio Astronomy, DSP and Radio Amateurs.
WinRadio.

> 10.05.08

> Double Zepp Antennas

Double Zepp Antennas

Radio Amatur

All Parts can be bought from your local hardware store and does require knowledge of flux soldering with a blow torch. Same as a Plumber would do on a water pipe. Make sure you buy non lead based solder. Make sure connections are cleaned (wire Brush etc.) before soldering.

Parts List
1. (4) 1/2" Copper Pipe 90 Degree Elbows
2. (2) 1/2" Copper Pipe End Caps
3. (2) 1/2" Copper Pipe 17 1/2" Long
4. (2) 1/2" Copper Pipe 16 3/4" Long
5. (1) 1/2" Copper Pipe 1 1/4" Long
6. (4) 1/2" Copper Pipe Hangers

9-10dbi Gain on 440
6.8dbi gain on 2 meters
Antenna is a full Wave on 440
and almost a full wave on 2 meters.
All Copper 2 meter / 440 N2RGA Extended Double Zepp Antenna.
All antenna's are individually tuned for a SWR of 1.2.1 on 444 MHz. On 2 Meters I get a 1.3.1 SWR.
All antenna's are fully assembled ready to install onto a Piece of PVC pipe.
Antenna is 36" x 20" x 1/2" copper pipe.
Why pay $150 for that 27 Foot monster antenna.
Design is 10 db gain on 440 MHz and 6.8 db Gain on 2 Meters
I personally use this in Brooklyn N.Y. on my terrace (can't have antennas mounted.)
Works great for an apartment (condo) or on top of your roof. Also it's great for field day or an Emergency Antenna, for ARES, RACES

Artikel dari http://www.n2rga.com/double_zepp.shtml

Link ke lain-lain web mengenai Double Zepp Antennas

  • http://www.g3zps.com/Page4.htm

  • > 11.05.08

    > PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK

    RECIPROCAL-Berapa Ramai Ham Yang Benar-Benar Memahaminya

    PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK

    Stesen Radio Amatur negara luar boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal "balik dengan Malaysia. SKMM ( MCMC ) akan mengeluarkan ASAA kepada stesen amatur luar negara sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal.

    ASAA hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu.

    Stesen Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.

    Saya sengaja membawa topik ini ketengah untuk menarik perhatian beberapa kalangan ham yang masih baru dalam dunia radio,tak ramai yang mengambil berat hal berkaitan dengan RECIPROCAL" mungkin tahu atau tidak saya tak pasti.Selepas mendapat kepastian daripada individu yang berpengalaman dalam hal ini maka barulah posting saya ini dilampirkan buat pengkongsian bersama.

    Jika terdapat warga asing yang masuk ke Malaysia adalah menjadi satu kesalahan untuk mengunapakai alatan komunikasi radio amatur VHF-HF-UHF ( Amatur band)mengoperasi portable/mobile mana-mana band amatur tanpa mendapatkan ASAA yang sah daripada SKMM/MCMC begitu juga dengan anda jika anda berada di luar negara,lesen/callsign anda tidak sah untuk dipergunakan,kecuali mendapat kelulusan daripada FCC negara berkenaan.Sila rujuk kepada perjanjian timbal balik yang saya lampirkan di atas posting ini.

    Sekiranya stesen asing bercallsign HS0,YB6,9V1,VR2 dan seumpamanya lesen mereka dan callsign mereka adalah tidak sah dipergunakan di dalam Malaysia kecuali mendapat kelulusan daripada SKMM/MCMC.

    Ham asing/luar callsign yang mendapat kelulusan daripada MCMC/SKMM boleh dikenali dengan penambahan / (stroke)pada akhir callsign asalnya contoh seperti HS9AAA/9M2??? atau juga YB6ZZZ/9M2???,VU2???/9m2???,BG7???/9M2??? dan lain-lain.

    Sekiranya terdapat mana-mana stesen ham asing yang memanggil disimplex channel atau di rangkaian repeater tidak salah untuk melayani stesen berkenaan untuk mengenalpasti pasti status pengoperasiannya.Stesen asing seperti 9V1,HS9,YB seringkali juga mengekses dari negara mereka cara ini dikenali sebagai Dxing stesen,maka tidak menjadi satu kesalahan untuk ham Malaysia melayaninya, jika didapati stesen itu beroperasi secara salah(portable/mobile) di dalam Malaysia ia adalah menyalahi akta telekomunikasi dan janganlah terus anda melayaninya berpanjangan.Cara terbaik lebih sopan adalah signoff daripada frekuensi.Sebagai ham asing sudah pasti beliau mengetahui bahawa tindakan yang beliau lakukan adalah menyalahi undang-undang namun jika masih terdapat stesen ham Malaysia yang terus melayani beliau maka kedua-duanya telah membelakangi undang-undang yang tak sepatutnya diengkari.

    Selepas dirujuk kepada ham yang arif beliau memaklumkan kepada saya sehingga kini tiada AA dikeluarkan kepada pemegang callsign YD.

    Sila rujuk Appendix 8 untuk senarai negara yang menyetujui program timbal balik ( RECIPROCAL)di dalam MCMC Guidelines/Garispanduan MCMC

    Rencana dari http://www.9m2mgl.blogspot.com/

    SSTV
    APRS
    APRS1

    > 14.05.08